Thursday, 15 November 2018

BBM3410/18: Pembentangan Video & Tugasan Minggu ke-9

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Alhamdulillah, kuliah Multimedia BBM3410 hari Isnin, minggu ini telah berjalan dengan lancar. Prof telah meminta kami semua untuk membentangkan video one-layer yang kami rakamkan tempoh hari. Mesti kalian tertanya-tanya bukan kumpulan mana yang berjaya menambat hati Prof?


Jeng.. jeng.. jeng.. 


Persembahan video yang menarik jatuh kepada video kumpulan Mawar - Syinta Gila dan juga video kumpulan Panglima Awang - Hajat. Tahniah buat kedua-dua kumpulan. Video kalian memang gempak lah! 

Tugasan seterusnya yang diminta oleh Prof adalah membuat satu lagi video rakaman, tetapi kali ini two-layer. Haa, video yang macam mana tu? Nantikan video ini kerana masih disunting dan belum dibuat naik.

Perbincangan sebelum rakaman 1

Perbincangan sebelum rakaman 2

Selepas rakaman dibuat 1


Selepas rakaman dibuat 2


Bagi kelas amali minggu ini pula, kelas dibatalkan dan digantikan dengan kelas atas talian. 

Arahan yang telah Prof sampaikan adalah kami perlu membuat rakaman video proses menggunakan Photoshop dan perlu ada muka sendiri. Okay, sis dah siapkan dan jangan kutuk muka sis macam mak cik iya. Malas nak sauk shawl macam gambar-gambar kat atas haha.

Contoh kalendar yang telah disiapkan



Inilah video proses yang telah disiapkan.

BBM3410/18: Tweet & Retweet

Assalamualaikum dan hai semua. 

Jadi, entri kali ni izinkanlah sis letak segala Screenshots Tweet & Retweet di Twitter. Buat pengetahuan semua, Prof dah mengarahkan budak-budak kelas Multimedia buat akaun Twitter sejak minggu keenam kuliah, yakni pada 14 hingga 20 Oktober. Kelas Multimedia pada Isnin , 15 Oktober yang lalu. Jadi kami budak-budak Multimedia apa lagi, pakat lah buat Twitter. Ada juga yang buat akaun Twitter baharu sebab Twitter asal penuh kerahsiaan (aku ler salah seorangnya :P) Bila dah masing-masing ada Twitter, bermula episod follow-menfollow ni. Hahaha 



Ouh lupa nak habaq, Prof arahkan setiap minggu Tweet dan Retweet sekurang-kurangnya satu. Jadi mengikut perkiraan aku, ada la dalam 5 Tweet dan Retweet tersebut. 

Nahhh, kalian boleh tengok kat bawah ni ye.














Sudi-sudilah jenguk dan follow Twitter sis ye! Annyeong~

BBM3410/18: Kulit Semakin Pulih

Assalamualaikum dan hai semua~! 

Jadi bagi yang dah baca entri blog aku yang lepas, mesti kalian ada perasan yang aku cerita mengenai kulit muka meragam. Weh, serius aku risau, sedih dan gundah gulana gila! Hah, hiperbola sangat. Tak lah sampai gila, biasa jelah. Cuma itulah, perempuan kan? Tak dapat lari dari risau hal-hal berkaitan kecantikan kulit. Apa-apa pun bagi aku, sasaran dan matlamat aku nak dapatkan kulit yang bersih dan sihat. Aku bukanlah beriya-iya nak kulit putih dan cerah. Cukup sekadar mengurangkan kadar pori di muka, parut kian pudar, tona kulit sekata dan seumpamanya. 

Ouh ya, kenapa tajuk kulit semakin pulih? Aku dah jumpa penyelamat! Yeayy~ Aku pakai Muji Sensitive Oil Cleansing yang aku beli dekat kedai Muji, Midvalley Megamall. Mula-mula aku tak suka tekstur oil clensing sebab dia pekat dan likat. Susah tau nak rata dan gosokkan dekat muka. Tapi sebab whitehead aku dah semakin banyak kat muka aku ni, aku pun cuba kan lagi. Hasilnya, ternyata terasa whitehead aku keluar masa gosok Oil Cleansing kat muka! Puas rasa weh! Taklah muka aku terus jadi Hannah Delisha, cukup bagi aku bersih yang semampunya. Hehe. Kira berkesan jugak la Muji Sensitive Oil Cleansing ni. Aku tahu pun bila baca blog Iman Abdul Rahim. Kalau korang nak tips kecantikan atau ulasan produk-produk muka ni bolehlah jenguk blog Iman ya. Sekian. Annyeong~


MUJI Sensitive Oil Cleansing
Muka tak bersih dan kicin sepenuhnya, tapi Alhamdulillah semakin pulih

BBM3410/18: Majlis Penghargaan Rakan Bakti Putra


Post Minggu ke-8.
**akan dikemas kini

BBM3410/18: Sahabat Melaka


Post Minggu ke-8.
**akan dikemas kini





BBM3410/18: Tugasan Secara Atas Talian


Post Minggu ke-8.
**akan dikemas kini

BBM3410/18: Tugasan Multimedia di Kampung


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua~


Kini tibalah cuti pertengahan semester antara 27 Oktober sehingga 4 November 2018. Jika rata-rata memilih untuk pulang ke kampung, sis memilih untuk kerja semasa konvokesyen UPM kali ke-42. Sekurang-kurangnya dapatlah juga duit poket. Hehe.

Kalian boleh lihat gambar-gambar semasa konvokesyen ini di post sis sebelum ini. 

Semasa bekerja, sis tak lepas peluang ambil gambar untuk memenuhi tuntutan tugasan multimedia di kampung (anggap sahaja UPM kampung sis sebab sis tak balik pada awal cuti ini). Arahan yang Prof minta kami lakukan adalah kami perlu muat naik 10 keping gambar bersama tanda pagar; 

#BBM3410
#ProfDrN
#200Quotes
#KampungKu
#ApaApaHashtagKelakar

Awal minggu cuti pertengahan semester sis tak balik, tapi dah hujung-hujung cuti sis dapat ilham balik kampung. Sis pun balik kejap dan kemudian sis ke Melaka dan Johor melawat rakan sekelas sis. 

Bersama Sarah dan Iftah

Terjumpa Faiz, kembar sis di UPM (kembar sebab kami rapat dan orang kata muka seiras, betul ke?)

Bonda sis di Masjid Ubudiah Kuala Kangsar, Perak (masa ni sis dah balik kampung)

Sis singgah sebentar di Gerai Labu Sayong Kuala Kangsar

Masa ni, sis ikut rakan sekelas sis, Fidah ke Johor. Jadi kami tangkap la gambar di Kampung Sawah Ring <3

Sis ada letak banyak lagi gambar di Instagram. Kalian boleh klik pada pautan yang sis sertakan di bawah ini. Terima kasih~




BBM3410/18: Muka Meragam!


Post Minggu Minggu Cuti Pertengahan Semester.

**akan dikemas kini


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua~

Hai, kita bersua kembali. Sis percaya bahawa rata-rata gadis pasti ambil tahu hal-hal kecantikan kulit. Hehe. Macam sis. Sis akan ambil tahu walaupun kulit sis tak lawa. Haa, sebab tak lawa la kena ambil tahu. Tapi macam sis, sis bukan jenis nak kejar cantik macam artis. Bagi sis, cukuplah sekadar kulit bermaya dan bersih.

Okay, kenapa tajuk kulit meragam? Meragamnya sebab lepas sahaja sertai program Jualan Konvo tempoh hari, kulit jadi kering dan jerawat pasir naik dekat muka. Sumpah, stres sis rasa sebab bila sentuh kulit muka rasa ketulan-ketulan halus. Urghhhh. Dicampur pula dengan kulit kering dan menggelupas. Rasa geram pula. Sis anggap yang kulir sis tengah terbakar (burn) sebab kerja masa panas terik. Walaupun sis dah pakai krim pelindung matahari (sunscreen) dan bedak asas (foundation) yang agak tebal, tetap tak mampu lindungi kulit muka daripada kesan seterusnya.

Tapi, tak apa lah. Sis cuba redha dan bagi kulit sis masa untuk pulih. Di samping itu, sis cuba tak tinggal rutin penjagaan kulit muka yang kebiasaannya sis buat. Moga-moga kulit bertambah pulih.
Ouh ya, jika ada sesiapa punya tips macam mana nak pulihkan kulit yang terbakar dan cara mengurangkan jerawat pasir, minta komen ya di bawah. Terima kasih <3





**gambar dan video ini tidak kelihatan keadaan muka sis yang meragam. Masa ini kulit baru nak meragam. Belum meragam sepenuhnya. Dan faktor kamera dan cahaya main peranan. Nampak la flawless sikit. Haha :P

BBM3410/18: Gadis dan Bunga


Post Minggu Minggu Cuti Pertengahan Semester.
**akan dikemas kini