Saturday 27 October 2018

BBM3410/18: Merindui Seseorang yang Telah Pergi


Perit.


Sakit.


Tak tergambar perasaan itu dengan kata-kata.


Aku percaya sesiapa yang pernah alami pasti memahami apa yang aku rasa.

Kehilangan itu sesuatu yang di luar jangkaan kita. Semalam dia ada. Bersama dengan kita. Ketawa. Senyum. Saling bercerita.

Tapi hari ini, dia sudah tiada. Yang ada hanya jasad yang terbujur kaku. Kadang terfikir, benarkah itu dia? Dia yang sejak dari aku kecil sentiasa ada. Dia yang menjadi pelindung aku. Semuanya sudah tiada.

Iya, dialah ayah aku. Seawal menerima berita pemergian ayah, aku terus nangis. Kaku. Tak tau nak buat apa. Semalam baru sahaja bersembang dengan ayah. Rupanya, ayah menahan sakit semalam.
Kami cuba jalani kehidupan seperti biasa. Namun begitu, tidak sangka abang Sulungku pula dijemput oleh-Nya.

Saat inilah, bermula kembali episod duka yang melanda keluarga kami. Tangis hiba ibu sentiasa kedengaran. Dan aku pula, cuba untuk kuat. Tiada apa lagi yang mampu aku lakukan. Kuserahkan padaNya.

Dan rasa ini, akan menerpa juga sekali sekala. Takkan hilang.

Semoga, ayah serta abangku ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman, bertakwa dan dikasihi oleh-Nya. Aamiiin~

Gambar ihsan yang dikongsi oleh kawan arwah ayah kepada ku. Ayahku yang paling handsome <3

Friday 26 October 2018

BBM3410/18: Telefon & Laptop Meragam!

Assalamualaikum & salam sejahtera semua. 

Hai, sis nak membebel ni. Dah semester akhir mula la semua nak meragam. Dah tahun akhir ni sis semakin serabut uii. Mula-mula telefon. Kemudian, laptop pula. Hai la sayang, memang menguji mental dan emosi sis betul. Sis ni dah dua minggu berturut-turut sis ulang alik UPM – Perak – UPM. Fuhhhh. 

Minggu pertama balik sebab ada tetamu istimewa dari jauh. Hehe. Mesti la balik demi masa hadapan. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Terima kasih awak <3 

Minggu kedua pula sebab nak selesakan masalah laptop yang tiba-tiba menggila. Semuanya bermula bila install Adobe. Bila selesai install Adobe, laptop terus jadi liplap liplap. Pagi Jumaat terus tak boleh nak buka laptop. Dah la kena submit PITA Bab 1, 2, & 3. Adoi. Telefon mak, mak suruh balik. Betulkan laptop. Sis pun balik la, walaupun banyak tugasan yang menunggu. Jadi, sis balik dan selesaikan apa yang patut. Hah, hal telefon pula – telefon sis pun nak meragam. Malas nak letak satu-satu. Pening. Stress. Sis pinjam telefon abang. Selesai. Nak beli, kita fikir kemudian.

Doakan urusan sis dipermudahkan ya. Sis turut mendoakan kawan-kawan sis yang lain. Semoga perjalanan kita dipermudahkan oleh-Nya.


Nampak macam normal, tapi bila buka aplikasi Adobe, laptop kejap kejap lip lap. Adui. Pening sis dibuatnya.

BBM3410/18: Simpulan Bahasa

Assalamualaikum & salam sejahtera semua ^_^! 

Jadi bagi tugasan minggu ke-6 kali ini, kami diminta untuk menyediakan gambar-gambar yang merujuk kepada 10 simpulan bahasa. 

Hah, macam mana tu? Macam ini, Prof minta kami untuk posing dalam gambar seiring dengan simpulan-simpulan bahasa tersebut. Tapi kena ingat, tak boleh sama simpulan bahasa dengan kumpulan yang lain. Dalam kelas multimedia ada 8 kumpulan. Jadi kami mesti buat gaya 80 simpulan bahasa yang berbeza. 

Kami pun cari la tempat yang menarik nak tangkap gambar tu. Ouh ya, minggu ni Kak Yam, salah seorang ahli kumpulan kami tak dapat sertai sebabnya dia terpaksa balik kampung. 

Okay, sis nak main uji minda kalian. Berdasarkan tiga gambar di bawah, kalian bole teka simpulan bahasa yang sesuai? 








Kalau kalian nak tengok klip video yang penuh, boleh la rujuk kat Youtube. Kalian boleh tekan pautan di bawah ini. 

Thursday 11 October 2018

BBM3410/18: Krisis Air di UPM

Assalamualaikum & hai semua~

Jadi cerita hangat minggu ini yang aku nak utarakan adalah mengenai krisis air di UPM.

Kami dah dapat notis gangguan air seminggu awal sebenarnya. Namun begitu, hari pertama air masih ada seperti biasa. Cuma, yang menyakitkan hati bila penghuni blok kolej buat dek je dengan notis gangguan air. Tau tak, boleh je mereka basuh baju berbakul-bakul walaupun notis telah dikeluarkan. Sepatutnya, kita perlu beringat air semakin berkurang dan perlu berjimat-cermat.

Disebabkan air di kolej semakin kritikal, aku tak bersolek pun sebab nak mudah semasa nak ambil wudhuk. Jadi tak perlulah kelam-kabut nak cuci muka & berwudhuk. Mandi masih seperti biasa ya. 

Tapi lega sebab ambil keputusan nak balik kampung minggu ni. Yeayyyy~

Gambar tak bersolek tau ni. Moon je Bersolek :P


Ni wajahku bila ada air dan bersolek. Hahaha

BBM3410/18: Aktiviti yang Terakhir Bersama Sahabat Yadim UPM

Assalamualaikum dan hi semua~

Ahad hujung minggu yang lalu, aku telah menyertai aktiviti Training of Fasilitator (TOF) anjuran Sahabat Yadim UPM. Pada mulanya, aku tiada rasa nak sertai sebab fikir nak tidur je. Hehehe. Cuti kan, apa lagi, manfaatlah masa yang ada dengan tidur. Si Yam tu, roommate aku dah lama dah ajak, tapi aku tak bagi kata putus. Dah saat akhir baru aku sertai sebab tidur pun tak dapat apa kan. Jadi cuba la juga sertai.

Serba ringkas program ini, yang dapat aku simpulkan bahawa ia lebih kepada bagaimana untuk menjadi pemimpin yang baik dan lebih berkesan. Penceramah untuk TOF ini adalah Muhammad Ali Al Hasani atau lebih dikenali  sebagai Bro-L. Bro-L ni didatangkan khas dari UMT tau. Serius weh sempoi gila Bro-L. Tak membosankan pun pencerahan daripada Bro-L. Terima kasih Bro-L.

Poster Program T.O.F SYUPM

Waktu ini, Bro-L tengah terangkan mengenai apa itu Pemimpin :)

BBM3410/18: Tuagasan Minggu Kelima Multimedia

Assalamualaikum dan hi semua~! 

Dalam kelas BBM3410 Multimedia dibawah Prof Dr Normaliza kali ini, kami telah mendapat arahan baharu untuk bertukar kelas ke Dewan Za'aba. Serius sejuk wehhhh kelas kat sini. Aku ni memang sensitif dengan suhu sejuk :/
Tapi menurut Prof, kelas di Dewan Zaaba lebih luas dan selesa memandangkan kami ada lebih kurang 80 orang. Bayangkan betapa ramainya pelajar kelas kami~

Okay baiklah. Berbalik kepada kelas minggu ini , kami telah ditugaskan untuk mengambil beberapa jenis gambar yang baharu. Menurut Prof, ini adalah tugasan Fotografi kami yang terakhir (mungkin).


Antara gambar yang perlu ditangkap ialah Flatlay, Half Flatlay, Quarter Flatlay dan Zero Flatlay. Kami kumpulan Melur pun bertungkus lumus la nak selesaiikan tugas tersebut. Nahh kat bawah ni boleh la kalian tengok proses sepanjang kami jalankan tugasan ini :)


Flatlay Proses 1.1

Flatlay Proses 1.2
Hasil gambar Flatlay 1


Flatlay Proses 2.1

Flatlay Proses 2.2

Hasil gambar Flatlay 2

Zero Flatlay Proses 1.1

Zero Flatlay Proses 1.2
Hasil gambar Zero Flatlay 1

Zero Flatlay Proses 2.1

Zero Flatlay Proses 2.2

Hasil gambar Zero Flatlay 2


BBM3410/18: Cepatnya masa berlalu~

Assalamualaikum dan hai semua!~

Untuk coretan pada kali ini, aku ingin berbicara mengenai rakan-rakanku yang aku akrab sewaktu aku berada di Tingkatan Enam. Lagi pula, pada saat ini aku berasa rindu akan detik-detik serta kenangan kami semasa berada di Tingkatan Enam.

Aku dan rakan-rakanku ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yussuf (SYS), Batu Gajah bagi aliran Pra-Universiti.

Aku tidak keseorangan semasa hari pertma menjejakkan kaki di sekolah ini. Aku berdaftar bersama rakan-rakanku yang aku kenali dari tingkatan lima iaitu Farhah Aqilah, Ain Syafikah, Fatin Syamimi dan Puteri Husna. Yang lebih menarik lagi apabila kami sama-sama memilih kelas 6RK3 iaitu kelas aliran sastera berteraskan Geografi.

Wahhhh, rindu semakin menerpa diri ini apabila aku cuba mencoret kisah-kisah lalu. 

Okay, berbalik pada cerita aku dan rakan-rakanku: pada Oktober 2014, sesuatu kejadian telah menimpa kami. Kejadian itu paling tidak diduga. Kami ditimpa kemalangan jalanraya di mana kereta yang kami naiki terlanggar kereta dihadapan kami dan kereta tersebut pula melanggar kereta dihadapannya. Namun begitu, kesemua mangsa kemalangan jalan raya terselamat. Hanya keadaan kereta yang remuk. Kejadian itu berlaku pada waktu pagi sebelum tiba ke SYS. Kami dibantu oleh orang ramai, guru-guru sekolah SYS serta sekolah di sekitar Batu Gajah yang kebetulan melalui jalan sama ke sekolah.

Kisah ini menjadi satu kisah yang tidak mungkin dilupakan. Semoga ia menjadi pengajaran buat semua yang terlibat agar lebih berwaspada akan diri sendiri dan orang lain.

Wednesday 3 October 2018

BBM3410/18: Pesta Makanan Tradisional

Assalamualaikum dan hai semua!~

Untuk pengetahuan semua, pada minggu lepas telah diadakan Pesta Makanan Tradisional anjuran Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi di UPM Serdang. Kebetulan, untuk tugasan BBM3410 yang Prof arahkan perlu dilakukan waktu ini. Prof minta kami muatnaik 10 gambar yang berbeza sepanjang Pesta Makanan ini berlangsung.

Oleh yang demikian, ahli kumpulan Melur pun dah terpacak pukul 8:00 pagi di CALC, tempat berlangsungnya perasmian Pesta Makanan Tradisional ini. Selepas itu barulah operasi bergambar bermula.Malangnya, aku tak boleh sertai mereka seawal itu dek kerana aku kena pergi PKU. Tak sihat dan kena ambil ubat.

Usai sahaja urusan di PKU aku pun terus pecut ke FBMK kembali. Dan mujur Alhamdulillah sempat la selesaikan tugasan di sana

Antara gambar yang diambil semasa Pesta Makanan berlangsung:


Inilah wajah pensyarah BBM3410/18 kami, Prof Dr Normaliza


Rakan sekelasku, Nurafidah


Bergambar sebentar sebelum acara demonstrasi makanan


Tak lepas peluang membeli Noraz Laksa, hasil air tangan Dr Norazlina Mohd Kiram <3

BBM3410/18: MUA & Model Tak Berbayar



Assalamualaikum dan hai semua~



Minggu ni kita jumpa kembali. Ouh ye, aku nak cerita tentang apa yang berlaku minggu lepas. Untuk tugasan Multimedia kali ni, kami perlu bergambar 6 jenis gambar yang berbeza-beza. Antara 6 jenis gambar yang Prof arahkan adalah Mug shot, Long shot, Medium shot, Potrait, Bird’s Eye View, dan Over The Shoulder.

Kumpulan tugasan aku, ‘Melur’ memang pulun la cari tempat yang cantik untuk dapatkan gambar yang lawa-lawa. Kami pun jenuh la pergi dekat Bukit Ekspo, pergi tempat ala-ala hutan untuk dapat gambar yang berbeza.

Tapi bagi aku, yang paling seronok bila tangkap gambar Potrait. Sebabnya, aku boleh berlatih tajamkan kemahiran solekan. Hahahaha J

Wei, serius seronok sangat sebab aku suka solekkan dorang. Dan paling suka tengok Qina. Mula-mula dia cakap tak nak bersolek. Lepas dah tgk Aifa, dia pun nakkk! Tak solek tebal-tebal pun sebab tak berani. 

P/S: Latar belakang hitam tu kami tepek tudung hitam dekat bilik hostel je. Kreatif kan ahli kumpulan kami? 




Paling suka gambar Qina yang ini. Nampak lembut je kan?


Aifa macam malu-malu sopan gitu. Suka jugak! <3

Ni gambar sendiri. Alahai nampak matang bebenor ye dak? Kita tgk pun segan. Haha. Ni solekan nipis je sebab nak cepat