Thursday, 11 October 2018

BBM3410/18: Cepatnya masa berlalu~

Assalamualaikum dan hai semua!~

Untuk coretan pada kali ini, aku ingin berbicara mengenai rakan-rakanku yang aku akrab sewaktu aku berada di Tingkatan Enam. Lagi pula, pada saat ini aku berasa rindu akan detik-detik serta kenangan kami semasa berada di Tingkatan Enam.

Aku dan rakan-rakanku ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yussuf (SYS), Batu Gajah bagi aliran Pra-Universiti.

Aku tidak keseorangan semasa hari pertma menjejakkan kaki di sekolah ini. Aku berdaftar bersama rakan-rakanku yang aku kenali dari tingkatan lima iaitu Farhah Aqilah, Ain Syafikah, Fatin Syamimi dan Puteri Husna. Yang lebih menarik lagi apabila kami sama-sama memilih kelas 6RK3 iaitu kelas aliran sastera berteraskan Geografi.

Wahhhh, rindu semakin menerpa diri ini apabila aku cuba mencoret kisah-kisah lalu. 

Okay, berbalik pada cerita aku dan rakan-rakanku: pada Oktober 2014, sesuatu kejadian telah menimpa kami. Kejadian itu paling tidak diduga. Kami ditimpa kemalangan jalanraya di mana kereta yang kami naiki terlanggar kereta dihadapan kami dan kereta tersebut pula melanggar kereta dihadapannya. Namun begitu, kesemua mangsa kemalangan jalan raya terselamat. Hanya keadaan kereta yang remuk. Kejadian itu berlaku pada waktu pagi sebelum tiba ke SYS. Kami dibantu oleh orang ramai, guru-guru sekolah SYS serta sekolah di sekitar Batu Gajah yang kebetulan melalui jalan sama ke sekolah.

Kisah ini menjadi satu kisah yang tidak mungkin dilupakan. Semoga ia menjadi pengajaran buat semua yang terlibat agar lebih berwaspada akan diri sendiri dan orang lain.

No comments:

Post a Comment