Thursday, 6 December 2018

BBM3410/18: Proses Pembikinan Video One Shot

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!~

Apakah yang dimakudkan dengan video one shot?


  • Video one shot merupakan satu video yang dirakam secara berterusan tanpa ada sebarang suntingan. Video ini mestilah dirakam selama mana tempoh sesuatu muzik itu.


  • Terdapat beberapa layer dalam video one shot. Antaranya ialah one layer, two layer dan three layer.

Ciri-ciri video one layer:

  • Video ini hanya melibatkan satu objek/ sekumpulan subjek yang bergerak. Sebagai contoh, penyanyi dah latar yang tidak bergerak, kaku seperti dinding. Jadi, hanya penyanyi yang bergerak dan latar belakang tidak bergerak.

 Ciri-ciri video two layer:

  • Video ini pula melibatkan dua lapisan yang bergerak. Sebagai contoh, terdapat penyanyi yang menyanyikan lagu tersebut dan satu lapisan yang bergerak seperti pelakon. Tidak boleh sama sekali objek latar yang bergerak. Jika ada kenderaan di belakang yang bergerak, maka video tersebut bukan lagi two layer tetapi three layer.
 Ciri-ciri video three layer:


  • Video three layer merupakan video yang mempunyai tiga lapisan yang bergerak. Sebagai contoh, penyanyi, pelakon dan objek latar yang bergerak seperti pokok atau kereta.

Okay, baiklah. Itu sahaja penerangan kali ini. Jika ada yang tidak fahami, bolehlah komen dan saya akan cuba menjawab persoalan anda. Terima kasih! <3

Cuba lihat contoh video one-shot Bruno Mars - The Lazy Song ini. Dapatkah anda teka video ini berapa lapisan?

No comments:

Post a Comment