Thursday 6 December 2018

BBM3410/18: Video Tanpa Wajah

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua~

Apakah yang dimaksudkan dengan video tanpa wajah?
Video tanpa wajah membawa makna bahawa;

1. Memastikan tiada wajah kelihatan
Video itu mestilah dirakam dengan berfokuskan bahagian anggota badan subjek dari bahu ke bawah. Video itu tidak boleh sekali-kali menampakkan wajah subjek di dalam video.

2. Mempunyai fokus yang satu
Video yang dihasilkan haruslah mempunyai fokus kamera yang satu. Sebagai contoh, kamera memfokuskan bahagian kaki sahaja. Hal ini bermakna, proses rakaman video haruslah meberi fokus kepada pergerakan kaki dari awal hingga akhir.

3. Mempelbagaikan babak cerita
Dalam video tanpa wajah ini, babak boleh dipelbagaikan. Tidak seharusnya hanya satu babak yang sama sari awal hingga akhir. Yang penting, masih dalam syarat-syarat seperti di atas.

Bagi mendapatkan gambaran yang jelas, rakan-rakan boleh rujuk pautan ini BBM3410/18: Video Tanpa Wajah (Melur Production) sebagai contoh.




Terima kasih sudi membaca! <3

No comments:

Post a Comment