Thursday 15 November 2018

BBM3410/18: Tugasan Multimedia di Kampung


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua~


Kini tibalah cuti pertengahan semester antara 27 Oktober sehingga 4 November 2018. Jika rata-rata memilih untuk pulang ke kampung, sis memilih untuk kerja semasa konvokesyen UPM kali ke-42. Sekurang-kurangnya dapatlah juga duit poket. Hehe.

Kalian boleh lihat gambar-gambar semasa konvokesyen ini di post sis sebelum ini. 

Semasa bekerja, sis tak lepas peluang ambil gambar untuk memenuhi tuntutan tugasan multimedia di kampung (anggap sahaja UPM kampung sis sebab sis tak balik pada awal cuti ini). Arahan yang Prof minta kami lakukan adalah kami perlu muat naik 10 keping gambar bersama tanda pagar; 

#BBM3410
#ProfDrN
#200Quotes
#KampungKu
#ApaApaHashtagKelakar

Awal minggu cuti pertengahan semester sis tak balik, tapi dah hujung-hujung cuti sis dapat ilham balik kampung. Sis pun balik kejap dan kemudian sis ke Melaka dan Johor melawat rakan sekelas sis. 

Bersama Sarah dan Iftah

Terjumpa Faiz, kembar sis di UPM (kembar sebab kami rapat dan orang kata muka seiras, betul ke?)

Bonda sis di Masjid Ubudiah Kuala Kangsar, Perak (masa ni sis dah balik kampung)

Sis singgah sebentar di Gerai Labu Sayong Kuala Kangsar

Masa ni, sis ikut rakan sekelas sis, Fidah ke Johor. Jadi kami tangkap la gambar di Kampung Sawah Ring <3

Sis ada letak banyak lagi gambar di Instagram. Kalian boleh klik pada pautan yang sis sertakan di bawah ini. Terima kasih~




No comments:

Post a Comment