Post Minggu Minggu Cuti Pertengahan Semester.
**akan dikemas kini
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua~
Hai, kita bersua kembali. Sis percaya bahawa rata-rata gadis pasti ambil tahu hal-hal kecantikan kulit. Hehe. Macam sis. Sis akan ambil tahu walaupun kulit sis tak lawa. Haa, sebab tak lawa la kena ambil tahu. Tapi macam sis, sis bukan jenis nak kejar cantik macam artis. Bagi sis, cukuplah sekadar kulit bermaya dan bersih.
Okay, kenapa tajuk kulit meragam? Meragamnya sebab lepas sahaja sertai program Jualan Konvo tempoh hari, kulit jadi kering dan jerawat pasir naik dekat muka. Sumpah, stres sis rasa sebab bila sentuh kulit muka rasa ketulan-ketulan halus. Urghhhh. Dicampur pula dengan kulit kering dan menggelupas. Rasa geram pula. Sis anggap yang kulir sis tengah terbakar (burn) sebab kerja masa panas terik. Walaupun sis dah pakai krim pelindung matahari (sunscreen) dan bedak asas (foundation) yang agak tebal, tetap tak mampu lindungi kulit muka daripada kesan seterusnya.
Tapi, tak apa lah. Sis cuba redha dan bagi kulit sis masa untuk pulih. Di samping itu, sis cuba tak tinggal rutin penjagaan kulit muka yang kebiasaannya sis buat. Moga-moga kulit bertambah pulih.
Ouh ya, jika ada sesiapa punya tips macam mana nak pulihkan kulit yang terbakar dan cara mengurangkan jerawat pasir, minta komen ya di bawah. Terima kasih <3
**gambar dan video ini tidak kelihatan keadaan muka sis yang meragam. Masa ini kulit baru nak meragam. Belum meragam sepenuhnya. Dan faktor kamera dan cahaya main peranan. Nampak la flawless sikit. Haha :P
No comments:
Post a Comment