Thursday 15 November 2018

BBM3410/18: Pembentangan Video & Tugasan Minggu ke-9

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Alhamdulillah, kuliah Multimedia BBM3410 hari Isnin, minggu ini telah berjalan dengan lancar. Prof telah meminta kami semua untuk membentangkan video one-layer yang kami rakamkan tempoh hari. Mesti kalian tertanya-tanya bukan kumpulan mana yang berjaya menambat hati Prof?


Jeng.. jeng.. jeng.. 


Persembahan video yang menarik jatuh kepada video kumpulan Mawar - Syinta Gila dan juga video kumpulan Panglima Awang - Hajat. Tahniah buat kedua-dua kumpulan. Video kalian memang gempak lah! 

Tugasan seterusnya yang diminta oleh Prof adalah membuat satu lagi video rakaman, tetapi kali ini two-layer. Haa, video yang macam mana tu? Nantikan video ini kerana masih disunting dan belum dibuat naik.

Perbincangan sebelum rakaman 1

Perbincangan sebelum rakaman 2

Selepas rakaman dibuat 1


Selepas rakaman dibuat 2


Bagi kelas amali minggu ini pula, kelas dibatalkan dan digantikan dengan kelas atas talian. 

Arahan yang telah Prof sampaikan adalah kami perlu membuat rakaman video proses menggunakan Photoshop dan perlu ada muka sendiri. Okay, sis dah siapkan dan jangan kutuk muka sis macam mak cik iya. Malas nak sauk shawl macam gambar-gambar kat atas haha.

Contoh kalendar yang telah disiapkan



Inilah video proses yang telah disiapkan.

4 comments: