Perit.
Sakit.
Tak tergambar perasaan itu dengan kata-kata.
Aku percaya sesiapa yang pernah alami pasti memahami apa yang aku rasa.
Kehilangan itu sesuatu yang di luar jangkaan kita. Semalam dia ada. Bersama dengan kita. Ketawa. Senyum. Saling bercerita.
Tapi hari ini, dia sudah tiada. Yang ada hanya jasad yang terbujur kaku. Kadang terfikir, benarkah itu dia? Dia yang sejak dari aku kecil sentiasa ada. Dia yang menjadi pelindung aku. Semuanya sudah tiada.
Iya, dialah ayah aku. Seawal menerima berita pemergian ayah, aku terus nangis. Kaku. Tak tau nak buat apa. Semalam baru sahaja bersembang dengan ayah. Rupanya, ayah menahan sakit semalam.
Kami cuba jalani kehidupan seperti biasa. Namun begitu, tidak sangka abang Sulungku pula dijemput oleh-Nya.
Saat inilah, bermula kembali episod duka yang melanda keluarga kami. Tangis hiba ibu sentiasa kedengaran. Dan aku pula, cuba untuk kuat. Tiada apa lagi yang mampu aku lakukan. Kuserahkan padaNya.
Dan rasa ini, akan menerpa juga sekali sekala. Takkan hilang.
Semoga, ayah serta abangku ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman, bertakwa dan dikasihi oleh-Nya. Aamiiin~
Gambar ihsan yang dikongsi oleh kawan arwah ayah kepada ku. Ayahku yang paling handsome <3 |