Assalamualaikum dan salam sejahtera semua~!
Baiklah, entri kali ini akan menceritakan tentang ciri-ciri asas grafik.
Terdapat lima ciri asas grafik. Antaranya:
- Mudah
- Keseimbangan
- Kesesuaian
- Warna
- Teks
1. Mudah: Ciri ini bermakna bahawa jika kita lihat grafik itu, kita akan mudah faham. Jika gambar tersebut menunjukkan sekumpulan haiwa, maka kita faham grafik itu hanya semata-mata haiwan sahaja.
2. Keseimbangan: Ciri yang kedua ini membawa erti bahawa gambar ini seimbang dari segala segi. Sebagai contoh, subjek utama perlulah berada di tengah-tengah grafik dan tidak berada di kedudukan lebih ke kiri atau ke kanan.
3. Kesesuaian: Ciri ini merupakan bahawa grafik itu sesuai dengan tema yang ingin diketengahkan. Sebagai contoh, video mengenai pelajar yang sedang belajar. Jadi, yang sesuai untuk adalah di dalam perpustakaan misalnya.
4. Warna: Ciri warna ini bermakna bahawa elemen warna membangkitkan visual yang diketengahkan.
5. Teks: Teks pada sesuatu grafik merupakan penerangan kepada sesuatu grafik. Teks perlulah ringkas dan tidak sarat agar tidak mengganggu pandangan audiens.
Bolehkan anda teka gambar ini menepati ciri grafik asas yang mana satu? |
No comments:
Post a Comment